Selasa, 1 Disember 2009

Al-Furqann [25.77]

[25.77] Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

2 ulasan:

Che Li berkata...

Bang, terangkanlah sikit pasal ayat ni. Klu setakat terjemahan, aku tak paham. Mungkin ada jugak org lain tak paham..

CPITONG berkata...

Aku ada rujuk pada satu kitab tafsir, tapi kitab tu tak plak tafsirkan ayat ni.

Jika berpandukan kepada terjemahan yang mudah, ayat ini diturunkan untuk menyatakan bahawa Allah tidak akan menghargai orang yang tidak berdoa kepadanya (sembahyang). Mereka ini telah mengingkari perintahnya untuk berdoa dan akan menerima balasan azab. Wallahhuaqlam..