Isnin, 23 November 2009

PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN - Dr.Haron Din

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin.

"Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya.

Kata Dato' Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bakar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimpin," katanya.

[2.247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Dalam pada itu beliau melarang memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.

Ahad, 22 November 2009

Dr Norhisham Wahab - RAHSIA KEHIDUPAN DAN KESIHATAN

TAJUK

1. RAHSIA KESIHATAN
2. SUMBER TENAGA
3. FREKUENSI WARNA
4. FREKUENSI TUBUH BADAN MANUSIA
5. MENGAPA KITA MENJADI SAKIT ATAU TIDAK SAKIT
6. KAEDAH COLOUR VIBRATION THERAPY (CVT) AURA 7
7. FREKUENSI MINDA
8. MENGETUK MINDA – ALAM KE 2
9. ADAKAH CVT AURA 7 BERKESAN?
10. KESAN SAMPINGAN
11. LAIN-LAIN RAHSIA ALAM
12. RAHSIA AIR SEMBAHYANG
13. KESIMPULAN


RAHSIA KEHIDUPAN DAN KESIHATAN

Apa yang bakal dipaparkan di dalam artikel ini adalah faktor-faktor hasil dari kajian saintifik yang mungkin mengetuk minda kita sekalian. Selamat membaca.

RAHSIA KESIHATAN

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah binatang dan tumbuh-tumbuhan boleh sentiasa berada di dalam keadaan sihat tanpa ada bantuan doktor atau ubat-ubatan? Apakah rahsia mereka? Sebenarnya rahsia kesihatan mereka terletak ditubuh haiwan dan tumbuhan itu sendiri dan alam sekeliling mereka. Tubuh haiwan dapat merawat dan melawan segala jenis penyakit yang datang. Jika tubuh haiwan begitu kuat untuk melawan penyakit, mengapakah manusia juga tidak boleh bertindak demikian? Jawapannya BOLEH!! Kita hanya perlu tahu rahsia tubuh badan kita sendiri dan alam sekeliling kita.

SUMBER TENAGA

Apakah sumber tenaga yang paling besar di bumi kita ini? Jawapannya adalah matahari. Apakah yang boleh kita dapati dari matahari? Ada 2 sumber asas iaitu haba dan cahaya. Diantara 2 sumber ini ramai di antara kita sedar bagaimana pentingnya faktor cahaya di dalam kehidupan kita.

Cahaya yang datangnya dari matahari, pada mata kasar kita, warnanya adalah putih. Tetapi sebenarnya cahaya putih ini terdiri dari 7 warna yang berlainan. Sebagai buktinya, jika cahaya putih ini melalui kabus air atau prism, ianya akan terpecah kepada 7 warna pelangi.

Dari kajian, warna-warna pelangi itu adalah juga rahsia tubuh badan manusia. Ini tidaklah bermakna jika kita belah tubuh badan manusia, kita akan menjumpai 7 warna pelangi di dalam tubuh badan kita.

Persamaan yang di jumpai di antara 7 warna pelangi dan tubuh badan kita adalah dari sudut getaran atau frekuensi.

FREKUENSI WARNA

Apakah itu warna? Warna boleh didefinasikan sebagai “Pancaran Getaran Gelombang Elektromagnetik”. Setiap warna mempunyai bacaan gelombang ataupun frekuensinya yang tersendiri. Apabila anda melihat warna biru contohnya, apa yang terjadi adalah bahan biru tersebut menyerap semua warna-warna yang lain dan membalikkan warna biru kepada mata kita. Pembalikan warna biru itu boleh diambil bacaannya dari segi frekuensi.

FREKUENSI TUBUH BADAN MANUSIA

Tubuh badan manusia juga mempunyai frekuensi-frekuensinya yang tersendiri. Dari kajian adalah amat menakjubkan kerana kita dapati bahawa susunan frekuensi tubuh badan manusia menyamai susunan frekuensi warna-warna pelangi. Frekuensi yang paling laju iaitu putih menyamai frekuensi di bahagian atas tubuh badan kita, iaitu otak. Frekuensi yang paling perlahan (merah hati/maroon) menyamai frekuensi di bahagian bawah tubuh kita, iaitu kaki.

MENGAPA KITA MENJADI SAKIT ATAU TIDAK SAKIT

Kajian menunjukkan bahawa faktor frekuensi tubuh badan manusia memainkan peranan yang amat penting di dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Apabila frekuensi sesuatu organ manusia tidak berada pada frekuensi yang sepatutnya, maka organ tersebut menjadi tidak stabil dan tidak dapat melakukan tugas-tugasnya dengan saksama. Apabila ini terjadi, maka seseorang itu menjadi tidak sihat.

Sebagai contohnya, kita sering memerhatikan bahawa apabila seseorang diserang penyakit beguk (mumps), ubat yang sering digunakan adalah nila. Mengapakah nila boleh mengubati beguk? Kajianmenunjukkan bahawa beguk terjadi kerana kelenjar tyroid tidak berfungsi dengan betul. Apabila dikaji, didapati bahawa kelenjar tyroid adalah bersamaan dengan frekuansi warna biru. Jadi, apabila kelenjar tyroid disapu dengan nila, warna biru nila itu akan merangsang kelenjar tyroid supaya ianya kembali kepada frekuensi yang asal. Apabila frekuensi kelenjar tyroid telah kembali stabil, maka ianya dapat berfungsi dengan elok semula dan beguk pun hilang.

KAEDAH COLOUR VIBRATION THERAPY (CVT) AURA 7

Jadi, di dalam kaedah perubatan “CVT AURA 7”, rahsianya adalah untuk mengembalikan frekuensi-frekuensi organ manusia kepada frekuensi-frekuensi yang asal.

Sebagai contoh seterusnya – kita perhatikan, mengapakah seseorang itu dijangkiti penyakit kencing manis? Secara kasarnya, ini adalah kerana kelenjar pankreas seseorang pesakit tidak dapat lagi mengeluarkan insulin. Apabila gula memasuki ke dalam tubuh seseorang yang sihat, isyarat akan disampaikan kepada otak. Otak atau minda kemudiannya akan memberitahu kelenjar pankreas supaya mengeluarkan insulin. Insulin apabila bertemu gula akan menukarkan gula menjadi tenaga.

Apabila seseorang itu mengidap penyakit kencing manis, kajian mendapati bahawa minda telah tidak dapat memproses maklumat dengan betul dan tidak dapat memberitahu kelenjar pankreas supaya mengeluarkan insulin. Jadi matlamat utama rawatan adalah untuk membolehkan minda berfungi dengan baik dan dapat memberitahu kelenjar pankreas supaya dapat bekerja dengan betul.

Ini berbeza dengan dengan kaedah perubatan moden yang mana apabila kelenjar pankreas tidak dapat lagi mengeluarkan insulin, “solution”nya adalah dengan memberi insulin tiruan dari luar.

Jadi dengan ringkasnya, apabila pesakit di rawat dengan kaedah rawatan CVT AURA 7, objektif utama adalah untuk mengembalikan frekuensi minda kepada frekuensinya yang asal. Dengan frekuensi ini, proses penghantaran maklumat ini dapat di lancarkan dan pesakit boleh kembali sembuh. Bunyinya PELIK, TAPI BENAR!

FREKUENSI MINDA

Kajian mendapati banyak penyakit berpunca dari frekuensi minda yang telah jatuh dari tahap yang sepatutnya. Untuk berfungsi dengan baik, minda manusia mesti berada di tahap frekuensi yang tinggi. Apabila frekuensi ini jatuh, maka banyak fungsi-fungsi otak yang mengawal kelenjar-kelenjar utama tubuh manusia tidak dapat berfungsi di tahap yang sepatutnya.

Mengapakah frekuensi minda jatuh?

Terdapat banyak sebab-sebabnya. Bagaimanapun, 2 faktor terpenting adalah:

1. WARNA PERSEKITARAN.
Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Terdapat beberapa warna di sekeliling kita yang menyebabkan tubuh kita sentiasa di pancarkan dengan frekeunsi-frekuensi getaran rendah. Warna-warna yang berfrekuensi rendah adalah KUNING, OREN, MERAH DAN MERAH HATI (MAROON)

Jika rumah atau pejabat kita di penuhi dengan warna-warna getaran rendah ini, tubuh kita akan menyerap frekuensi-frekuensi rendah ini setiap hari. Untuk tubuh yang sihat, kita haruslah mempastikan warna-warna dipersekitaran rumah dan pejabat bukannya warna-warna getaran rendah. Warna persekitaran yang dimaksudkan adalah seperti warna-warna dinding, lantai, karpet, langsir, cadar, selimut, pakaian harian, peralatan rumah dan sebagainya. Jika kita di dedahkan kepada terlalu banyak warna-warna ini dalam jangkamasa yang panjang, frekuensi minda kita akan turut rendah kerana diransangkan oleh getaran-getaran rendah ini.

2. TEKANAN HIDUP
Hidup mana yang tidak ditimpa masalah? Setiap orang menghadapi 1,001 macam masalah di dalam hidup. Misalnya, duit sewa rumah dah kena bayar tapi duit tak cukup. Duti kereta, duit belanja anak sekolah, duit rokok, duit minyak dan segala macam keperluan lain yang memerlukan duit. Selain dari itu kita juga mungkin ada masalah keluarga – anak buat hal, isteri buat hal, laki buat hal, mak mertua buat hal, adik buat hal, abang dan kakak buat hal. Ataupun kita mempunyai masalah kerja di pejabat dan lain-lain lagi.

Semua faktor-faktor ini menyebabkan frekuensi minda jatuh. Minda yang “bercelaru” akan menjatuhkan frekuensi minda itu sendiri. Untuk frekuensi minda yang tinggi, kita harus sentiasa TENANG, HENING dan SABAR menghadapi segala apa jua dugaan yang kunjung tiba. Itulah rahsia terpenting untuk mendapatkan frekuensi minda yang tinggi dan tubuh yang sihat.

Jadi konsep asas terapi CVT AURA 7 ini adalah untuk mengembalikan frekuensi-frekuensi organ kepada frekuensi- frekuensi yang asal supaya semua organ dapat berfungsi dengan betul.

MENGETUK MINDA – ALAM KE 2

Suatu fakta untuk renungan – Mengapakah sesetengah orang mengatakan mereka telah terdengar bunyi hantu ataupun terdengar bunyi yang pelik-pelik? Kita mungkin akan menjawab, “tak ada apa-apa, yang sebenarnya awak tu lemah semangat.”

Tahukah anda bahawa kajian selanjutnya mendapati bahawa makhluk-makhluk halus ini mempunyai frekuensi yang rendah. Jadi tidak hairanlah apabila seseorang itu lemah semangat atau sentiasa dirundung dengan 1,001 masalah, mereka mungkin boleh nampak apa yang orang lain tak nampak, atau boleh mendengar apa yang orang lain tak dengar. Semua ini adalah kerana frekuensi mereka telah jatuh ke paras makhluk-makhluk halus ini tadi.

Juga, tidak hairanlah juga mengapa pakaian-pakaian bomoh atau tempat-tempat perjudian selalunya berwarna kunig, oren atau merah. Warna-warna ini diperlukan untuk menempatkan makhluk-makhluk halus ini tadi.

ADAKAH CVT AURA 7 BERKESAN?

Pengalaman pengamal-pengamal perubatan ini amatlah menakjubkan. Apabila organ-organ kembali stabil, hampir semua jenis penyakit dapat disembuhkan. Adalah lumrah untuk darah tinggi, kencing manis, gout, asma, penyakit kulit, sinus, migrane, buasir dan lain-lain lagi dapat disembuhkan.

Untuk membuktikan keberkesanan ini, pengasas CVT AURA 7, Dr Norhisham Wahab telah muncul di TV3 di sessi Bincang Petang sebanyak 3 siri untuk mempertengahkan kaedah perubatan ini. Di dalam siri pertama, Dr Norhisham telah menerangkan konsep perubatan ini. Di dalam siri yang kedua beliau dengan secara “live” telah mengubati 3 orang pesakit yang telah bertahun-tahun menderita akibat penyakit “Parkinson” dan “Psioriosis” (sejenis penyakit kulit). Penyakit-penyakit ini sudah amat di kenali sebagai penyakit yang tiada ubatnya.

Pesakit Parkinson tersebut pada masa itu telah datang dengan berkerusi roda dan tangannya bergetar-getar disepanjang rancangan tersebut.

Di dalam siti ketiga (iaitu 2 minggu selepas siri ke dua), ketiga-tiga orang pesakit tersebut telah muncul semula di kaca TV. AMAT MENAKJUBKAN!!! Pesakit Parkinson tersebut telah dapat berjalan semula tanpa bantuan kerusi roda atau tongkat!!! Tangannya pun tidak lagi bergetar-getar!!! Pesakit Psioriosis pula, mereka telah sembuh hampir 50% setelah 2 minggu dirawat!!!

KESAN SAMPINGAN

Adakah terdapat apa-apa kesan sampingan apabila menggunakan kaedah rawatan CVT ini?

Ya, ADA!!

Ada dua kesan sampingan yang begitu ketara:

1. Aspek kecantikan diri.
Ramai yang telah mendapati rupa kulit mereka menjadi lebih berseri-seri apabila mengamalkan CVT ini. Ini adalah kerana apabila frekuensi tubuh kita menjadi stabil, segala hormon-hormon yang diperlukan oleh tubuh dapat dikeluarkan dengan mencukupi.

2. Aspek Psikologi
Ramai yang merasakan bahawa diri mereka menjadi lebih tenang setelah mengamalkan CVT. Perbezaan yang ketara juga di perhatikan terutama kepada golongan-golongan pemarah. Mereka akan menjadi lebih penyabar di dalam menghadapi kehidupan. Sebabnya? Kerana disebabkan oleh hormon-hormon yang stabil seperti yang diterangkan di atas.

LAIN-LAIN RAHSIA ALAM

Terdapat banyak rahsia-rahsia alam telah dapat dicungkil melalui konsep frekuensi dan gelombang. Di antaranya kita telah dapat membongkar dari segi saintifik:
• Rahsia mengambil air sembahyang
• Mengapa tidak elok melengah-lengahkan sembahyang
• Rahsia sembahyang subuh
• Rahsia jangan tidur semula selepas subuh
• Rahsia sembahyang tahajud
• Rahsia Kaabah - mengapa kita menjadi hening di masjidil haram (dari sudut saintifik)
• Rahsia piramid
• Rahsia air zam-zam
• Kebesaran al-Quran sebagai rujukan perubatan paling saintifik
• Setiap racun adalah penawar
• Cara mengesan penyakit terpantas melalui sentuhan (kinesiologi)
• Rahsia mandi bunga
• Penyembuhan dibawah sedar
• Petua-petua dan pantang larang di dalam kehidupan seharian
• Dan banyak lagi.

RAHSIA AIR SEMBAHYANG

Sebagai pembuka minda diterangkan disini rahsia air sembahyang. Di dalam 24 jam kehidupan kita seharian, kajian mendapati bahawa pada setiap jam, terdapat gelombang dan frekuensi yang berlainan yang datangnya dari matahari. Tubuh badan kita memerlukan semua frekuensi-frekuensi ini untuk menstabilkan semua organ-organ di dalam tubuh.

Bagaimanakah kita memerangkap frekuensi-frekuensi ini?

Kajian mendapati deria kita yang paling sensitif kepada getaran dan gelombang elektromagnetik adalah bulu roma kita. Bulu roma ini berfungsi seperti antena penangkap gelombang.

Kajian seterusnya mendapati satu unsur yang baik untuk menyimpan gelombang (storage) adalah air. Jika gelombang dipancarkan kepada air, air akan dapat meyimpan dan memerangkap gelombang-gelombang tadi.

Seterusnya kajian mendapati bahawa pertukaran waktu sembahyang menandakan pertukaran frekuensi gelombang yang penting yang diperlukan oleh tubuh. Jadi, apabila masuk saja waktu sembahyang, kita sangat digalakkan untuk terus mengambil wuduk. Di dalam proses ini, semua anggota-anggota penting dibasahkan oleh air. Tujuan air adalah untuk memerangkap gelombang supaya kemudiannya dapat di “tangkap” oleh bulu roma dan seterusnya di salurkan ke organ-organ yang memerlukan.

Seterusnya ada hadis yang mengatakan bahawa air sembahyang seafdalnya jangan di lap kerana ianya akan memberikan cahaya di akhirat kelak.

Dapatkah kita menerangkan secara saintifik hikmah disebalik hadis Rasullullah di atas? Ya, boleh. Secara saintifiknya, lebih lama air berada di atas kulit, maka lebih banyaklah gelombang-gelombang elektromagnetik ini dapat di perangkapkan. Itulah rasionalnya.

KESIMPULAN

Apa yang diterangkan di dalam risalah ini hanyalah sebahagian kecil dari rahsia-rahsia kehidupan dan kesihatan. Terdapat banyak lagi rahsia-rahsia yang telah menjadi pencetus minda. Dari segi Islam, banyak rahsia-rahsia ibadah telah dapat dibongkar secara saintifik yang mana ianya boleh menambahkan iman kita sebagai umat Islam.

Dari sudut kesihatan, untuk tubuh yang sentiasa sihat ada 3 perkara yang boleh kita amalkan:

1. Warna disekeliling kita
Pastikan tiada warna berfrekuensi rendah (warna-warna penyakit)

2. Sudut psikologi
Alam mencari keseimbangan. Sentiasalah tenang dan pasrah dengan segala ketetapan tuhan

3. Jadikan amalan konsep terapi CVT AURA 7.
Cara mudah untuk menentukan minda kita sentiasa di dalam frekuensi yang optima. Ianya adalah rawatan 3 dalam 1.

• Kesihatan
• Kecantikan
• Ketenangan


PELIK TAPI BENAR!!

Dr Noordin Darus: Aura pengaruhi aktiviti mental, fizikal



Aura atau tenaga boleh meningkat atau menurun, selain dipengaruhi faktor luaran dan dalaman yang kompleks

DALAM rencana sebelum ini, saya ada menyentuh mengenai Terapi MiFiRo atau Terapi Minda, Fizikal dan Rohaniah. Memang sudah terbukti bahawa sentuhan fizikal saja tidak memadai sebagai terapi. Maksud fizikal di sini ialah ubat-ubatan, suntikan, kemoterapi dan lain-lain.

Semua pesakit yang datang berjumpa saya yang pernah menjalani terapi fizikal menunjukkan proses penyembuhan yang terlalu pasif atau lambat jika minda dan rohani mereka tidak menyokong untuk mencapai sesuatu yang disangka mustahil.

Apabila kita bercakap mengenai tenaga minda dan rohani, ada beberapa unsur yang berkait rapat yang boleh mempengaruhi fizikal, minda dan rohani seseorang itu. Pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai aura.

Apa itu aura?

Aura adalah warna diri. Secara ringkas aura adalah warna yang memancar dari diri kita. Ada yang menyebutnya sebagai “Noor” kita atau “Chi” kita atau “Tenaga Ilahi” kita. Warna ini adalah hasil daripada ungkapan dan rangkuman keadaan diri kita dan ada pelbagai jenis kualiti yang berbeza daripada sifat fizikal, emosional dan spiritual yang ada pada diri kita.
Kualiti yang berkaitan keadaan fizikal, emosional dan spiritual ini tidak terbentuk secara tiba-tiba, tetapi adalah pembentukan dari masa lampau (“Siapa Kita”) dan masa sekarang (“Mengapa Kita”) dan boleh kita agak untuk masa yang akan datang. (“Harus Bagaimana Kita”)

Aura adalah tenaga

Tanpa adanya tenaga, kehidupan kita di dunia ini akan terhenti. Aura juga adalah kekuatan tenaga yang membentuk dan memberi sifat pada kita. Dengan tenaga yang dimiliki, kita boleh melakukan aktiviti fizikal dan mental. Tenaga ini boleh meningkat atau menurun dan dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang kompleks.

Semua aktiviti mental kita sangat erat hubungannya dengan adanya kegiatan gelombang elektromagnetik yang memancar dari diri kita. Dari sudut perubatan pula teknologi penggunaan EEG (ElectroEncephalogram) menunjukkan bahawa aktiviti mental kita dapat secara efektif dianalisis dan dipantau oleh prinsip gelombang elektromagnetik itu, yang mampu diterjemahkan dalam bentuk grafik gelombang yang menunjukkan aktiviti dan keadaan tertentu otak kita yang mengendalikan semua kegiatan mental dan fisiologi.
Aura adalah fenomena tenaga yang sangat kompleks di dalam diri kita. Tenaga ini diyakini terpancar dari pusat tenaga yang dinamik dan bukan statik yang berada di bahagian yang paling dalam dari diri kita.

Warna dan tenaga? Aura adalah warna dan tenaga? Mana yang betul? Kedua-duanya tidak bertentangan tetapi adalah satu kesatuan yang tidak terpisah. Maksudnya dengan ringkas:

Aktiviti mental (mental) à Arus elektrik à Pencaran bidang gelombang elektromagnetik (warna)

Warna aura adalah penampakan luaran dari aktiviti dan keadaan mental yang memancar dari diri kita. Aktiviti kita memerlukan tenaga. Setiap kegiatan yang memerlukan tenaga dalam tubuh kita akan membabitkan juga adanya arus elektrik. Arus ini memancarkan bidang elektromagnetik yang akhirnya nampak dalam pancaran warna aura.

Sekarang untuk melihat pancaran ini sudah ada teknologi yang disebut “Bio Feedback Camera”. Warna aura kita boleh diambil dan dirakam oleh kamera ini yang kemudian diberi penjelasan sifat-sifatnya melalui komputer.